download upsr
Berita Pendidikan
Berita Dari NUTP
Motivasi Pelajar
Kenali Kami
Contact Us
Who Online and Visitor
Members: 57
News: 86
Web Links: 6
Visitors: 63928
Login Form





Lost Password?
No account yet? Register
klik
100% transaksi yang dilakukan adalah selamat.
. Portal Pendidikan kami di www.myupsr.com, www.upsr-5a.com atau hubungi Technical Support di 012-9530650.
Pelajar Ph.D paling muda di UUM.

Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima tiga pelajar paling muda dari Indonesia untuk melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) di Kampus Sintok yang bermula 28 Jun lalu.

Geraldy Dadriyansyah, Yenny Puspita dan Alnopri Hadi adalah antara 6,581 pelajar baru yang mendaftar di Kampus UUM bagi memulakan pengajian bagi sesi 2009/2010.

Tiga pelajar dari Sumatera Selatan yang berprestasi cemerlang ini dibiayai sepenuhnya oleh Sriwijaya Foundation. Ia adalah yayasan yang bertanggungjawab membawa pelajar Indonesia ke Malaysia.

Menariknya, seorang daripada tiga pelajar itu Geraldy Dadriyansyah, 22, ditawarkan terus mengikuti pengajian di peringkat Ph.D dalam bidang Pengurusan Teknologi. Ia berikutan mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat purata gred nilai keseluruhan (PGNK) 3.80 di peringkat ijazah pertama.

Beliau akan mengikuti pengajian secara sepenuh masa dengan membuat penyelidikan Relationship Between Virtual Team Effectiveness And New Product Developement In Concurrent Engineering Contact.

ImageGeraldy yang menjadi pelajar Indonesia pertama terus melangkah ke tahap PhD melahirkan rasa syukur kerana ditawarkan mengikuti pengajian peringkat tersebut dan menganggap sebagai pengiktirafan daripada UUM.

"Sesungguhnya teknologi yang akan diterokai saya ini belum banyak diaplikasikan di negara-negara Asia Tenggara dan banyak negara asia ini masih menghasilkan produk dengan menggunakan pendekatan tradisional.

"Saya berharap dengan penyelidikan dan cabang ilmu yang diterokai ini dapat menghasilkan pengeluaran serta meningkatkan mutu dan inovasi sesuatu produk," kata Geraldy lagi.

Sementara itu, Yenny Puspita, 24, yang tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Perbankan dengan PGNK 3.69 pula akan meneruskan pengajian peringkat Ph.D dengan tajuk penyelidikan Investment Decision In Real Property (Cases In Malaysia).

Anak penarik beca di Palembang ini juga telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajiannya di peringkat ijazah pertama dengan memperoleh PGNK 3.54.

Beliau juga menyimpan cita-cita untuk terus berkhidmat di UUM sebagai tenaga akademik suatu hari nanti.

Alnopri Hadi, 23, juga tidak ketinggalan mengikuti pengajian peringkat Ph.D di UUM apabila berjaya menamatkan sarjana dengan PGNK 3.89.

Beliau yang kematian bapa sejak berumur 11 tahun bersyukur kerana terpilih menerima tajaan sepenuhnya daripada Sriwijaya Foundation bagi membuat penyelidikan bertajuk Capital Budgeting.

Sementara itu, Presiden Sriwijaya Foundation, Surya Burhanuddin berkata, sehingga hari ini yayasannya telah menaja 173 pelajar dari Sumatera Selatan melanjutkan pengajian di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 121 orang peringkat sarjana muda, sarjana (44) dan Ph.D (lapan orang). Bagi pendaftaran semester pertama sesi 2009/2010 ini UUM menerima 6,581 pelajar baru. Ia meliputi kemasukan pelajar Sarjana Muda seramai 5,301, program Sarjana (861), Ph.D (137) dan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) adalah seramai 22 pelajar. Seramai 260 pelajar lagi bagi program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

 
Mansuh PPSMI perlu menyeluruh.

KUALA LUMPUR 9 Julai - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak mencukupi setakat di sekolah rendah dan menengah tetapi perlu sehingga ke universiti.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP), Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, pemansuhan PPSMI hanya di peringkat sekolah rendah hingga tingkatan lima akan menimbulkan masalah kepada pelajar apabila memasuki tingkatan enam, matrikulasi atau universiti pada masa depan.

Katanya, ini kerana tiba-tiba sahaja mereka terpaksa beralih menggunakan bahasa Inggeris.

''Bagi GMP, memansuhkan PPSMI bererti memansuhkan semuanya iaitu kembali sepenuhnya kepada dasar pembelajaran sebelum 2003 ketika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu dari tahun satu sampai tingkatan enam dan seterusnya ke universiti,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di sini hari ini.

Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said selaku Penasihat GMP, Pengarah Eksekutif Yayasan Tamil Malaysia, C. M Elanttamial dan Naib Setiausaha Kanan Pusat Pembangunan Kebudayaan Bekas-Bekas Guru Cina Malaya (LLG), Goh Kean Seng.

ImageSelain menuntut PPSMI dimansuhkan secara menyeluruh, Hassan berkata, GMP juga mahu agar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Tamil dan Cina dimulakan pada tahun depan bagi murid-murid tahun satu.

''Kita mahu pelajar yang baru masuk sekolah diajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing mulai 2010 bukannya 2012,'' katanya.

Hassan berkata, mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil bagi tahun satu tidak menimbulkan masalah kerana Kementerian Pelajaran boleh menyediakan bahan-bahan bacaan dan buku teks dalam ketiga-tiga bahasa ini mulai sekarang.

Katanya, kementerian juga boleh menggunakan semula buku-buku teks lama yang ditulis dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk mata pelajaran Sains dan Matematik sebelum 2003.

Beliau berkata, walaupun tidak berpuas hati sepenuhnya terhadap keputusan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, GMP tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju memansuhkan PPSMI.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kecewa dengan keputusan itu, Hassan berkata, ia hak peribadi bekas Perdana Menteri itu untuk berasa begitu.

Bagaimanapun, katanya, GMP tidak sependapat dengan Dr. Mahathir kerana lebih mementingkan suara rakyat.

''Pemansuhan PPSMI kami anggap sebagai kejayaan tuntutan rakyat semua kaum dan kerana itu GMP akan mengadakan sambutan pemansuhan PPSMI pada pukul 9 malam, 19 Julai ini bertempat di Stadium Bandar Baru Bangi,'' katanya.

Sementara itu, A. Samad berkata, beliau mewakili golongan sasterawan negara berasa lega dengan keputusan Menteri Pelajaran memansuhkan PPSMI.

''Lega. Itu kata-kata yang saya gunakan apabila Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan PPSMI

''Ada beberapa perkara yang saya fikir membuat saya lega. Antaranya, saya tidak perlu berada di mana-mana tempat untuk memperjelaskan isu ini.

''Kedua, saya fikir apa yang telah diperjelaskan agak mencukupi untuk setakat ini walaupun sebenarnya masih timbul pertanyaan lain mengenai dasar ini,'' katanya.

 
Panduan Pembayaran
.  . 
. .
   
 
Ahli Kelab Guru MyUpsr.Com
Advertisement
 
   
 
Berita Terkini
Paling Popular
 
   

Penafian : Hak cipta terpelihara dan segala kerosakan komputer adalah di bawah tanggungjawab pengguna itu sendiri.